Monday, July 27, 2009

E-Buku Fakta Karangan 2009


E-Buku Fakta Karangan 2009 ini merupakan karya yang paling sesuai buat pelajar yang ingin membuat penelitian pada saat-saat akhir kerana hampir semua skop soalan peperiksaan yang saya ketahui wujud dalamnya. Keadaan ini sudah pasti memudahkan buat pelajar yang hidup mereka sibuk dengan pelbagai subjek yang perlu dipelajari itu.

Bukan sahaja faktanya lengkap dan menarik tetapi cara penulis menyusun fakta ini menjadikan pelajar sudah bersedia untuk menjawab sebarang soalan yang berkaitan dengan karangan. Maknanya dalam setiap fakta itu akan diberikan kemungkinan soalan tentang skop itu yang akan ditanya dalam peperiksaan. Pada masa yang sama penulis ini juga telah menyediakan satu maklumat ringkas tentang sesuatu skop itu yang mungkin boleh dijadikan pendahuluan dalam karangan.

Pada pandangan saya kelebihan buku ini ialah penulis berjaya menulis dengan begitu mudah untuk memenuhi keperluan pelajar yang kadangkala begitu sibuk dan agak sukar untuk mendapatkan isi-isi karangan mereka. Buku ini juga boleh digunakan oleh pelajar sebagai bahan bacaan sampingan terutama ketika mereka sedang menunggu bas dan sebagainya.

Saya cadangkan pelajar memiliki buku ini malah guru juga boleh mendapat manfaat kerana isi-isi yang diberikan pasti memudahkan tugas guru untuk mendidik pelajar mereka.

Sally Lee Kwan

No comments:

Post a Comment