Monday, July 27, 2009

E-Buku Peribahasa Canggih 2009


Konsep yang mudah tetapi efektif

Buku ini sebenarnya sebuah buku yang sesuai untuk semua peringkat umur. Baik peringkat UPSR, PMR atau SPM kerana soalan mengenai peribahasa memang wujud dalam peperiksaan ini semua. Jadi, mungkin ini e-buku yang harus pelajar miliki sebagai asas dalam proses pembelajaran mereka.

Setiap peribahasa yang ada dalam buku ini diberi penerangan ringkas tentang maksudnya kemudian satu contoh ayat yang menggunakan peribahasa itu diberikan. Kaedah ini amat berguna kepada pelajar untuk memahami peribahasa tersebut.

Malah, ada peribahasa itu yang tidak pernah saya dengar tetapi turut dimasukkan dalam buku ini. Pengetahuan saya tentang peribahasa semakin meningkat dan saya yakin peningkatan markah saya dalam karangan banyak dipengaruhi oleh buku ini.

Mungkin pelajar boleh mendapatkan bahan peribahasa ini dalam bentuk lain tetapi penggunaan e-buku semakin digemari sekarang kerana mudah dan sudah ada telefon bimbit yang boleh menerima e-buku dengan berkesan kini.

Mungkin pelajar perlu melihat aspek ini dengan lebih mendalam.

Sivakumar Arumugam

No comments:

Post a Comment