Friday, December 11, 2009

E-Buku Remaja dan Kerjaya


Buku terbaru saya ini cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh remaja dalam alam kerjaya mereka. Masih banyak remaja yang tidak memahami erti kehidupan alam kerja yang jauh berbeza daripada alam persekolahan mereka. Lantaran itu, banyak remaja yang gagal membuat keputusan bijak dalam aspek kerjaya mereka lalu menjadikan kehidupan mereka penuh sengsara.

Buku ini mampu memberikan harapan kepada remaja untuk memahami suasana kerja yang sebenarnya. Semua informasi yang diberikan ini mampu menjadikan remaja kita lebih peka untuk mengharungi cabaran kerjaya yang jauh begitu hebat terutama ketika kegawatan ekonomi negara kini. Buku ini mampu memberikan remaja satu kefahaman umum tentang kerja yang sebenarnya.

Buku ini disusun dengan begitu mudah tetapi padat dengan maklumat yang mampu memberikan remaja satu pandangan umum tentang kehidupan kerjaya mereka. Buku ini harus dimiliki oleh remaja yang masih tidak memahami bidang kerjaya yang hendak mereka ceburi atau sudah bekerja tetapi masih berada dalam kegelapan tentang kerja mereka itu sendiri.

No comments:

Post a Comment