Thursday, May 20, 2010

Kenapa Cerpen Aku, Kris dan Kristal Unik?


Mungkin cerpen ini amat berguna kepada remaja kerana mengandungi pelbagai mesej yang mampu dikaitkan oleh remaja dalam kehidupan harian mereka itu. Ada pengalaman ketika belajar, cinta dan persahabatan serta kematangan berfikir.

Beri perhatian kepada tiga watak utama yakni Hana, kris dan kristal. Apakah persamaan mereka? Belajar di universiti yang sama dan menjadi sahabat. Fahamkan kerumitan hubungan antara Hana, Kris dan kristal itu yakni Kris suka akan Hana tetapi hana tidak suka kepada kris manakala Kristal pula suka akan kris cuma kris tidak ada perasaan suka kepada kristal pula. Persoalan yang pelajar harus fahamkan ialah pelrulah seseorang itu menamatkan nyawa dirinya atas nama cinta? Dalam cerpen ini Kristal membunuh diri kerana kecewa apabila kris tidak menerima perasaannya.

Dalam hidup, tugas manusia itu agak banyak. Pertama kepada keluarga, sahabat, kekasih dan negara. Jadi, jika salah satu gagal dilaksanakan, usahlah kita mudah mengaku kalah kerana kita masih diperlukan untuk keluarga, diri sendiri dan keluarga. Pelajar perlu matang dalam memikirkan impak yang akan timbul jika mereka mengorbankan diri mereka begitu sahaja tanpa berfikir rasional.

Kita sebagai manusia pasti ada masalah dan jalan paling mudah ialah meneruskan hidup secara positif. Sikap negatif yang boleh kita sedari daripada kristal ialah perasaan kecewa kerana kris tidak menerima cintanya. Kristal seharusnya meneruskan pengajian dan cuba membantu keluarganya dengan bekerja selepas belajar di universiti itu. Mungkin selepas itu kristal akan bertemu semula dengan kris atau mungkin bertemu dengan lelaki lain atau mungkin kristal dapat menerima hakikat tentang kris.

Hana watak contoh dalam cerita ini kerana sanggup kee luar negara untuk mendapatkan ilmu dan juga tabah menghadapi cabaran kehidupan walaupun bersendirian di negara asing tiu. Hana juga matang kerana mampu menyelesaikan masalah perasaan kris terhadapnya dengan matang serta cuba menerangkan perkara sebenar kepada Kristal walaupun beliau gagal.

Apakah cabaran hana? Perbezaan budaya dan agama, perasaan kris terhadapnya, salah faham kristal terhadapnya, dan cuba menangani kos hidup yang tinggi di luar negara itu.

Hana gadis yang baik kerana hanya menurut sahaja cadangan ibu apabila seorang guru cuba mengambilnya sebagai isterinya. Hana tidak membantah. Hana lebih percaya akan penilaian ibubapanya daripada dirinya sendiri. Hana sedar ibubapanya memikirkan yang terbaik buat dirinya. Kalau anda menghadapi keadaan yang serupa dengan hana yakni ibubapa anda meminta anda berkahwin dengan calon ibubapa anda, saya yakin ramai yang akan menentang kerana lebih percaya akan pilihan diri sendiri.

Cerpen ini ditamatkan dalam suasana yang cuba menarik. Hana telah didatangi oleh kris pada akhir cerita dan biasanya akan ada soalan yakni adakah hana akan menerima kris? Jawapanya tidak kerana jika hana menerima kris maka kematian kristal sia-sia. Begitu juga hana tidak ada perasaan sayang akan kris dan hana sudah dilamar (ingin dikahwini) oleh seorang lelaki di malaysia.

No comments:

Post a Comment