Wednesday, June 16, 2010

Isu Semasa: Kenapa Piala Dunia Afrika Selatan Mendapat Tajaan Tinggi?


KEJOHANAN PIALA DUNIA BOLA SEPAK TEMPAT MENJANA WANG

Piala Dunia di Afrika Selatan sudah pun bermula dan beberapa keputusan yang menarik telah pun diketahui umum terutama kemampuan pasukan bola sepak Asia seperti Korea Selatan dan Jepun untuk mendapatkan mata penuh dalam perlawanan sulung mereka. Dalam keghairahan kita melihat kemampuan pemain bola sepak dunia mempamerkan kebolehan mereka kita harus sedar bahawa Piala Dunia menjadi medan perniagaan yang amat menguntungkan. Malah tidak salah untuk mengatakan bahawa Piala Dunia lubuk wang buat syarikat gergasi.

Sudah pasti pembaca semua menyedari betapa banyaknya iklan produk yang dipamerkan baik di stadium mahupun ketika sesuatu perlawanan itu berlangsung. Menurut laporan media massa nilai hak untuk penyiaran kejohanan kali ini bernilai RM7billion. Manakala kalau anda kaji semua rakan utama FIFA seperti Adidas, Coca-cola, Hyundia/Kia, Visa dan Sony terpaksa membelanjakan hamper RM400 juta setiap syarikat untuk kejohanan kali ini.

Menurut syarikat-syarikat ini jumlah wang yang mereka bayar itu terlalu kecil dengan impak positif yang bakal mereka peroleh menerusi kejohanan bola sepak ulung ini. Menurut satu kajian pengiklanan hamper semua syarikat yang menaja kejohanan piala dunia akan menerima peningkatan dalam pembelian pengguna untuk tempoh tertentu. Kejohanan bola sepak menjadi tempat paling mudah untuk mengiklankan produk mereka kerana selama sebulan ini seluruh dunia akan melihat skrin televisyen mereka untuk mengetahui perlawanan bola sepak itu tetapi pada masa penonton juga terlihat semua iklan produk yang ada.

Kebanyakan syarikat seperti adidas dan Hyundai serta Coke menghasilkan iklan khas untuk kejohanan ini yang kemudiannya akan dinaikmuatkan dalam YOUTUBE untuk disaksikan oleh jutaan pengunjung internet pula. Konsep “viral advestising” ini semakin popular terutama dalam kalangan golongan muda yang menggunakan internet sebagai sumber maklumat terkini mereka. Bayangkan satu iklan yang dihasilkan oleh Adidas sebagai contoh akan ditonton oleh jutaan pengunjung YOUTUBE atau FACEBOOK dengan mudah. Iklan sebeginilah yang amat diminati oleh syarikat-syarikat gergasi

Jadi ketika anda ceria menonton perlawanan bola sepak kejohanan piala dunia ini pastikan juga anda memerhatikan semua iklan yang dipamerkan itu kerana itulah tujuan utama semua syarikat gergasi membayar sejumlah wang yang banyak kepada FIFA. Mereka mahu anda semua melihat dan membeli produk mereka kemudian nanti.

No comments:

Post a Comment