Sunday, April 1, 2018

Tindakan-tindakan memajukan pertanian negara?

Pertanian merupakan bidang yang penting dalam sesebuah negara. Namun, banyak pihak mengabaikannya.
Huraikan tindakan-tindakan yang patut dilakukan oleh kerajaan sesebuah negara itu dalam isu ini.

Pertanian dikatakan sebagai satu bidang yang amat dipentingkan oleh mana-mana negara di dunia ini dalam mengharungi cabaran kehidupan moden. Biasanya, pertanian ini meliputi tanaman komoditi, tanaman berbentuk buah-buahan, dan juga tanaman yang memberikan sumber makanan kepada manusia itu. Pihak televisyen sering menyiarkan berita atau dokumentari tentang aktiviti pertanian sehingga menarik minat penonton untuk menyertai bidang ini. Maka, pelbagai inisiatif boleh dilakukan oleh sesebuah negara itu dalam usaha memajukan sektor pertaniannya.

Langkah paling mudah dalam mengatasi masalah ini ialah kerajaan sesebuah negara itu berusaha melatih atau melahirkan lebih banyak petani moden. Matlamat ini boleh dicapai apabila negara tersebut membina lebih banyak pusat pendidikan pertanian yang meliputi universiti atau kolej untuk disertai oleh rakyatnya. Petani yang menerima didikan secara sistematik dan berdasarkan konsep sains serta teknologi akan berusaha menjadikan tanaman mereka lebih baik mengikut sistem tertentu yang berdasarkan kemodenan. Lantaran itu, pertanian akan menjadi maju setelah negara tersebut memiliki kelompok petani yang mentalitinya berasaskan sains dan teknologi itu.

Selain itu, kejayaan memajukan bidang pertanian turut berkait dengan kemampuan sesebuah negara itu memberi galakan kepada petaninya agar menggunakan peralatan moden. Kerajaan negara tersebut boleh memberikan peralatan moden seperti jentera pembajak, jentera penuai, dan sebagainya kepada petani secara percuma atau menyediakan pinjaman yang mempunyai kadar faedah rendah pula. Penggunaan peralatan moden ini sudah pasti akan menjadikan produktiviti seseorang petani bertambah kerana mereka boleh menghasilkan hasil tanaman dengan mudah menerusi penggunaan teknologi itu. Sesungguhnya, negara yang mengutamakan teknologi dalam sektor ini akan menyaksikan perubahan mendadak dalam tahap produktiviti pertanian mereka itu.

Tambahan pula, kejayaan dalam usaha menjadikan pertanian satu bidang yang berprospek tinggi ialah kerajaan membekalkan benih-benih atau baka tanaman yang berkualiti tinggi. Penubuhan pelbagai pusat kajian dan universiti pertanian memberi peluang kepada pakar-pakar untuk menghasilkan benih tanaman yang lebih baik untuk digunakan oleh petani negara tersebut. Situasi ini menjadikan tugas petani menjaga tanaman lebih mudah dan tanaman tersebut lebih tahan serangan penyakit serta menghasilkan hasil tuaian yang jauh lebih banyak berbanding benih sebelum itu. Akibatnya, pendapatan petani akan menjadi lebih tinggi kerana kerajaan menyediakan bekalan benih yang berkualiti tinggi sepanjang masa itu.

Malah. kerajaan yang berpandangan jauh akan membuka lebih banyak kawasan pertanian dengan meneroka hutan belantara negara tersebut. Semua tanah yang telah diterangkan ini hendaklah diberikan kepada petani menerusi satu skim pemilikan tanah yang mudah pula. Tindakan melancarkan skim pemilikan tanah sebegini menjadikan lebih banyak petani akan mempunyai tanah sendiri lalu lebih gigih berusaha untuk memajukan tanah tersebut dengan pelbagai jenis tanaman. Maka, langkah memberikan tanah kepada setiap petani akan menjadikan sektor pertanian negara tersebut berkembang bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Kempen kesedaran tentang prospek pertanian turut memainkan peranan penting dalam meninggikan imej bidang ini pada mata masyarakat. Kerajaan menyiarkan kempen tentang bidang pertanian ini menerusi media massa terutamanya internet kerana generasi muda begitu ketagih dalam penggunaan teknologi moden itu. Apabila terdedah dengan kempen sebegini sepanjang masa sudah pasti minda masyarakat terutamanya remaja mula memahami kerjaya sebagai petani itu. Akibatnya, jumlah remaja yang berhasrat untuk menyertai pertanian akan bertambah secara mendadak saban tahun.

Kesimpulannya, semua hujah tadi membuktikan bahawa pertanian akan berkembang apabila langkah-langkah itu dilaksanakan segera oleh pihak berkuasa. Semua pihak harus sedar bahawa pertanian boleh menjadi sumber kewangan utama kepada negara selain memastikan bekalan makanan untuk rakyat tempatan tidak terjejas. Jika semua tindakan tadi tidak dilakukan oleh kerajaan sudah pasti bidang pertanian akan terus malap seperti hidup segan mati tak mahu itu. Kita hendaklah melihat pertanian sebagai satu bidang yang berupaya memacu pertumbuhan ekonomi negara dan bukannya sebagai satu bidang yang hanya memenuhi masa lapang masyarakat.

1 comment:

  1. Halo semuanya, saya Rika Nadia, saat ini tinggal orang Indonesia dan saya warga negara, saya tinggal di JL. Baru II Gg. Jaman Keb. Lama Utara RT.004 RW.002 No. 26. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberikan saran nyata kepada semua warga negara Indonesia yang mencari pinjaman online untuk berhati-hati karena internet penuh dengan penipuan, kadang-kadang saya benar-benar membutuhkan pinjaman , karena keuangan saya buruk. statusnya tidak begitu baik dan saya sangat ingin mendapatkan pinjaman, jadi saya jatuh ke tangan pemberi pinjaman palsu, dari Nigeria dan Singapura dan Ghana. Saya hampir mati, sampai seorang teman saya bernama EWITA YUDA (ewitayuda1@gmail.com) memberi tahu saya tentang pemberi pinjaman yang sangat andal bernama Ny. ESTHER PATRICK Manajer cabang dari Access loan Firm, Dia adalah pemberi pinjaman global; yang saya hubungi dan dia meminjamkan saya pinjaman Rp600.000.000 dalam waktu kurang dari 12 jam dengan tingkat bunga 2% dan itu mengubah kehidupan seluruh keluarga saya.

    Saya menerima pinjaman saya di rekening bank saya setelah Nyonya. LADY ESTHER telah mentransfer pinjaman kepada saya, ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah Rp600.000.000 yang saya terapkan telah dikreditkan ke rekening bank saya. dan saya punya buktinya dengan saya, karena saya masih terkejut, emailnya adalah (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

    Jadi untuk pekerjaan yang baik, LADY ESTHER telah melakukannya dalam hidup saya dan keluarga saya, saya memutuskan untuk memberi tahu dan membagikan kesaksian saya tentang LADY ESTHER, sehingga orang-orang dari negara saya dan kota saya dapat memperoleh pinjaman dengan mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com), silakan hubungi LADY ESTHER. Dia tidak tahu bahwa saya melakukan ini tetapi saya sangat senang sekarang dan saya memutuskan untuk memberi tahu orang lain tentang dia, Dia menawarkan semua jenis pinjaman baik untuk perorangan maupun perusahaan dan juga saya ingin Tuhan memberkati dia lebih banyak,

    Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: (rikanadia6@gmail.com). Sekarang, saya adalah pemilik bangga seorang wanita bisnis yang baik dan besar di kota saya, Semoga Tuhan Yang Mahakuasa terus memberkati LADY ESTHER atas pekerjaannya yang baik dalam hidup dan keluarga saya.
    Tolong lakukan dengan baik untuk meminta saya untuk rincian lebih lanjut tentang Ibu dan saya akan menginstruksikan, dan ada bukti pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) Terima kasih semua

    ReplyDelete