Wednesday, August 22, 2018

Tindakan-tindakan dunia bantu majukan pendidikan global

Kemajuan pendidikan amat penting buat negara di dunia ini tetapi ada negara yang sektor pendidikannya masih ketinggalan terutama di negara Afrika.
Jelaskan tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh negara lain untuk memajukan pendidikan di negara miskin ini.

Negara miskin merujuk negara yang tidak mempunyai sumber kewangan yang banyak untuk memajukan negara mereka. Contoh negara yang dikategorikan sebagai miskin ini meliputi negara di benua Afrika seperti Rwanda, Nigeria, Somalia, dan Libya serta Tunisia. Berita tentang kemiskinan negara-negara ini telah menjadi tajuk utama berita media massa Malaysia terutamanya bidang pendidikan mereka yang jauh ketinggalan berbanding negara kita. Sebenarnya, ada banyak usaha yang boleh diambil oleh negara-negara lain di dunia ini untuk memajukan bidang pendidikan negara yang miskin tersebut.

Kaedah yang paling efektif untuk menyelesaikan masalah pendidikan di negara miskin ialah negara-negara maju berganding bahu menghulurkan bantuan kepakaran dan teknikal dalam bidang pendidikan itu. Perkara ini boleh dicapai apabila guru-guru yang berpengalaman dan sukarelawan yang berminat dihantar ke negara miskin untuk berkhidmat dalam tempoh tertentu mendidik pelajar mereka. Pelbagai teknik mendidik boleh dikongsi oleh guru-guru negara maju yang berpengalaman ini dengan rakan sejawatan mereka di negara yang miskin itu. Jadi, pendidikan di negara miskin akan berkembang pesat apabila negara maju menghantar guru-guru mereka yang terlatih untuk membantu guru di negara terbabit menjalankan tugas dengan cemerlang.

Selain itu, langkah mendirikan sekolah di negara miskin oleh negara-negara maju menjadi tindakan yang mampu mengubah keadaan pendidikan negara itu. Pembinaan sekolah itu dibiayai kosnya oleh negara maju dan dibina di kawasan bandar serta luar bandar dengan kemudahan yang serba lengkap untuk pendidikan. Apabila prasarana pendidikan menjadi lengkap di negara miskin ini sudah pasti lebih banyak pelajar akan berpeluang pergi ke sekolah lalu kualiti pendidikan menjadi lebih baik. Maka, semakin banyak sekolah dibina dengan bantuan kewangan negara maju semakin tinggilah kualiti pendidikan yang bakal diterima oleh penduduk di negara yang miskin itu.

Tambahan pula, pendidikan di negara miskin seperti Somalia ini boleh diatasi apabila negara maju terutamanya Jerman dan Jepun menyediakan peluang belajar secara percuma kepada individu-individu yang berkelayakan itu. Negara maju itu boleh menyediakan biasiswa dan tempat khas di universiti terkemuka mereka kepada mana-mana pelajar negara miskin yang berpotensi untuk mendapat pendidikan berkualiti itu. Pelajar yang bernasib baik apabila sudah menamatkan pengajian kelak akan membawa banyak pengetahuan yang boleh digunakan untuk memajukan ekonomi, sosial, dan pendidikan negara mereka sendiri pada masa depan. Akibatnya, kemajuan negara miskin akan menjadi lebih pantas apabila lebih banyak pelajar mereka diberi peluang menimba ilmu di negara maju sebelum kembali berkhidmat di negara mereka nanti.

Negara maju yang prihatin terhadap kemelut kemiskinan yang melanda negara miskin seperti Indonesia dan Laos ini boleh membekalkan buku-buku dan peralatan menulis setiap tahun. Semua bantuan ini boleh dibekalkan menerusi program kebajikan yang dianjurkan oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan yang bekerjasama dengan penduduk tempatan untuk mengenal pasti sekolah yang memerlukan bantuan ini. Buku-buku dan peralatan menulis ini boleh memenuhi keperluan dan tahap pemikiran pelajar di negara miskin untuk mengubah tahap kehidupan mereka pada masa hadapan. Sesungguhnya, minda pelajar di negara miskin akan berubah dan menjadi lebih terbuka apabila mereka didedahkan dengan pelbagai bahan bacaan yang disumbangkan oleh negara maju itu.

Usaha terakhir yang boleh dilaksanakan oleh negara maju dalam tindakan mereka membantu bidang pendidikan negara miskin ialah satu kajian dijalankan untuk mencari kaedah terbaik menangani masalah buta huruf di negara itu. Pakar dari universiti negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat boleh membuat kajian dan penelitian tentang kemelut buta huruf yang berleluasa dalam kalangan rakyat negara miskin. Apabila kajian itu sudah selesai, beberapa cadangan boleh dikemukakan kepada negara miskin tersebut untuk membuat tindakan lanjut yang boleh menyelesaikan masalah buta huruf itu. Jelaslah, usaha menjalankan kajian ini boleh membuka mata masyarakat negara miskin tentang budaya mereka yang ada kaitan dengan kadar peningkatan buta huruf tersebut lalu mereka bersedia untuk berubah demi kesejahteraan negara pada masa depan.

Konklusinya, semua tindakan yang dibuat oleh masyarakat dunia untuk memodenkan sektor pendidikan negara miskin itu akan membawa perubahan yang ketara dalam kehidupan rakyat mereka. Kerjasama semua pihak terutama dari negara maju amat diperlukan kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yang boleh membawa kejayaan dalam tindakan memajukan negara itu. Namun, ada segelintir negara maju yang hanya mahu menghulurkan bantuan kepada masyarakat dunia jika permintaan mereka dipenuhi seperti mahu menguasai kepentingan ekonomi negara lain jika bantuan diberikan oleh mereka. Sudah sampai masanya semua pihak mencari penyelesaian mutlak yang lebih adil dalam usaha mereka menjadikan kehidupan masyarakat dunia semakin sempurna.

No comments:

Post a Comment